Ad 468 X 60

.

#Tips 1 : Semak Nama Blacklist

          Sebelum anda ke luar negara, atau pun semasa hendak membuat pasport atau memperbaharui pasport, pastikan anda menyemak dahulu status anda samada tersenarai dalam Blacklist atau pun tidak. Ini dapat membantu anda supaya tidak ada sebarang masalah 'tersangkut' semasa di kastam Malaysia nanti untuk ke luar negara.

Bagaimana mahu menyemak nama anda ?

Mudah sahaja, seperti panduan yang kami sediakan di bawah ini. Caranya :

1) Pergi ke laman sesawang imigresen, klik DI SINI.
2) Isikan nombor kad pengenalan anda.
3) Klik pada butang 'SEMAK'


4) Status anda akan keluar, samada 'Lepas' ataupun 'Sangkut'

Galeri Halloween Horror Night 2 Edisi 2012 (19 Gambar)

Fantastic !

          Gambar berikut merupakan sedutan dari Halloween Horror Night 2 edisi 2012 yang telah berlangsung di Universal Studios Singapore (USS). Suasana di USS diubah menjadi suasana 'suram' dan seram. Malang sekali bagi sesiapa yang pergi ke USS pada waktu pagi hari tersebut, mereka hanya boleh masuk dari jam 10 pagi hingga jam 5:30 petang. Dari jam 5:30 petang sehingga 7:00 malam, para pengunjung waktu pagi diminta keluar untuk kemasukan pengunjung pada waktu malam. Huhu. Kejam sungguh. =P

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Halloween Horror Nights 3 (Universal Studios Singapore)

          Dengan kejayaan dua tahun sebelum ini, Halloween Horror Nights (HHN) kembali lagi dengan musim yang lebih panjang iaitu 10 malam dan masa dilanjutkan dari jam 7:00 malam  hingga 1:00 pagi. Taman ini menjanjikan malam menakutkan dengan tiga buah rumah berhantu dan tiga zon menakutkan. Tahun ini, satu ancaman daripada tiga ahli sihir berdendam akan mengambil alih taman pada waktu malam: Daughter of Undead , Maiden of the Opera and Crone of the Forest.




Lokasi
Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa

Zon Seram

  • Attack of the Vampires (New York)
  • Forbidden Forest (Jurassic Park)
  • Convention of Curses(Ancient Egypt)

Haunted houses/mazes

  • Adrift (Stage 28)
  • Songs of Death (Berdekatan dengan Jurassic Park Rapids Adventure Queue)
  • Possessions (Waterworld Queue)

Tarikan lain

  • Monster Rock : Halloween Edition - Edisi khas pementasan untuk Halloween Horror Nights 3!
  • Tempat tarikan terpilih di Universal Studios Singapore : Transformers: The Ride, Accelerator, Revenge of the Mummy, Canopy Flyer, Shrek 4D, Enchanted Airways
PENGUMUMAM PENTING!!  >> TIDAK DIBENARKAN untuk memakai 'costume' dan topeng. Ini adalah untuk keselamatan anda dan juga pelakon seram (staf). 










Masa pertunjukan

7:00pm ~ 1:00am

Nota:      Semasa hari pertunjukan USS Halloween Horror Night 3, waktu pembukaan siang hari di USS ini akan beralih kepada 10:00 pagi ~ 5:30 petang. Antara jam 5:30 - 7:00 malam, para pengunjung perlu untuk keluar dari USS manakala USS akan diubah menjadi  mode Halloween Horror Nights. Jam 7:00 malam pula akan ada kemasukan pengunjung baru untuk USS Halloween Horror Nights 3.

Tarikh Petunjukan

11/10, 12/10
18/10, 19/10

25/10, 26/10, 31/10, 01/11, 02/11, 03/11 

Peak nights adalah pada 25/10, 26/10, 01/11 dan 02/11.

Harga tiket

Boleh lihat di SINI.